Sunday, January 30, 2011

Tengok movie S E R A M...

Semalam agak seronokla jugak. Keluar bersama family dgn sepupu & mak cik sekali. Rancang nak g tengok wayang dan berkaroke hari jumaat hari tu. Tapi masing-masing balik kerja dah penat. Pulak tu si my lovely shayang datang JB ada hal sikit. Jadi kami pun tunda pada hari sabtu (semalam).
Pukul 4.00pm kitorg gerak pergi Today's Mall, Tiram. 
Sampai sana saja kita orang tengok movie cite serammm.... "K H U R A F A T".
Seramlah juga cerita tu. Dari awal hingga habis hantu asyik muncul saja. Lepas tu sound effect dia buat kita orang terperanjat melampau-lampau. Ditambahkan pula suasana dalam cerita tu agak seram dengan muka hantu yg hodoh dan buruk. Tak duduk senang aku dalam panggung tu.

Suka dengan jalan cerita dia.Walaupun setengah pihak mengatakan ada sedikit kekurangan dalam filem itu. Untuk aku sebagai penonton yang tidak ada bakat dalam menghasilkan sebuah filem atau drama pun, cukupla sekadar memberi sedikit cerita dan pengajaran untuk di kongsikan bersama semua.

CERITA dan komen~~
KHURAFAT yang aku tonton semalam, jalan cerita memang sangat memberi kita pengajaran dan juga sikit rasa sedihlah juga. Ini berlaku bukan sekadar dalam cerita atau wayang sahaja. Dalam Kehidupan realiti manusia sekeliling pun ada membuat kerja-kerja yang keji ini. Minta dijauhkanla...... Kita saksikan sedikit Official Music Video ini....

Watak dan lakonan,........Tidak sangka watak Johan yang dilakonkan oleh Syamsul Yusof selaku pengarah sangat memberi impak pada diri aku. Seperti mana Johan cuba untuk memikat hati seorang perempuan yang bernama Ana lakonan Sabrina Ali seorang yang cantik dan hot, tapi tidak dipedulikannya. Malah Johan di hinanya lagi. Maka Johan membuat sesuatu dengan mengamalkan ilmu sihir pada Ana untuk membuatkankan Ana sukakannya. 

Sedih juga dengan keadaan Ana yang sanggup membunuh diri kerana ditinggalkan Johan. Mana tidaknya Johan telah mendrem dia untuk buat Ana tergila-gilakan dia. Peh!!...sungguh dasyat kesan seperti itu.Terfikir juga dengan aku ni. Yelah kadang-kadang kita tidak sedar yang kita pernah melukakan hati seseorang. Untuk sesiapa yang pernah aku sakiti, aku harap dia tidak menyimpan dengki dan dendam pada aku. huhuhuuu...... This is a real life,.. tidak mustahil masih lagi ada masyarakat yang serba moden ini masih mengamalkan ilmu-ilmu hitam sebegitu.. 

Jadi kepada sesiapa yang belum menonton, tontonlah cepat-cepat selagi Khurafat masih ada ditayangkan.. (Hehe..promote pulak. Bukan aku berlakon pun dalam filem tu.) Apa-apa pun filem ini membuatkan saya rasa lebih berhati-hati mengenali orang dan sentiasa berdoa minta perlindungan dari Allah S.W..T menjauhkan daripada hasad dengki manusia yang mempunyai niat jahat pada diri kita dan keluarga.
(~,^)v



Friday, January 28, 2011

KARYA NOVEL

Cerita C I N T A Nur Ell-Izzra Niza (Episod 1)


kaku bdiri di kelilingi pokok bunga....merenung dan berfikirkan apa yg akn blaku..Izz merenung ke langit,..mghidu udara semulajadi.. Maha Pncipta Alam..rasa diri ini kerdil, kecil mmijak dmuka bumi Mu.. Langkah demi langkah Izz berjalan mengamati daun kering bguguran yg jatuh ke tanah.. Melihat bunga yang layu tidak bermaya. Izz menyentuhi bunga yg layu itu. di beleknya dengan penuh sayu.

hummmm...adakah bunga ini mpunyai prasaan yg sama spt ku?
Ku masih mengingati dengan apa yang telah berlaku dengan ku sebelum ini. 
Oh Tuhan,....inikah balasan yg Engkau berikan...di mana aku telah mngkhianati cinta Ad dulu?..Terkenangkn wajah suci seorg lelaki yg penah menyintai diri ini. Percintaan Izz bersama Ad tidakla sehebat Mal yg penah menagih kasih sygnya sewaktu dulu.. Tiba-tiba Izz teringat 1 lagu yg mnyentuh hatinya.. "Salah ku, mnyintai dirinya saat jauh ku terpisah dari mu dan hadirnya mnyentuh hatiku,.. mncintainyaaa... hatiku,..menginginkannya.. hingga runtuh setiaku,..kpd dirimu... Ku sakiti hatimu yg tulus...mncintaiku..." Dgn tidak sengaja air mata yg tdk mampu ditahan telahpn berlinangan kepipi...


Izz redha dgn ketentuan Illahi. Perjalanan hidupnya terumbang-ambing setelah ditinggalkan oleh Mal. Mal yg tulus Izz cintai, cinta Izz thadap Mal tdk dpt di tukar ganti.. hanya Mal di hati Izz kini dan selamanya. Izz buta dgn cinta, sgala kburukan Mal, Izz terima. Mal tdkla sekacak mana, rupa tiada.. tp knp Izz jatuh hati kpd dia?


Semakin hari smakin mndalam cinta Izz thadap Mal.. hampir setahun lebih cinta disemai. Dan makin Izz sayang semakin jauh cinta Mal terhadap Izz. Perubahan sedikit demi sedikit disedari. Di ajak keluar bersama, ada sahaja alasan yg diberikan. Sehinggala Izz tahu segala perubahan itu. Mal telah menipu Izz. Tidak sangka begini hebat ujian bg Izz. Izz teringat kecurangan Mal terhadap Izz sehingga snggup menipu. Izz tdk mampu bselindung dgn kperitan, Izz memaafknnya. Izz mpercayainya dgn kesetiaan cintanya pd Izz. Teringat kembali punca perpisahan Izz dgn Mal. Semua itu adalah kerana Izz telah memungkiri janji.. Izz ditinggalkan krn Izz berhubung dgn Ad. Izz mnjadi tidak menentu. Izz telah mnjelaskan segalanya pd Mal... Ad ingin bkawan seperti biasa tiada musuh antara kami... salahkah begitu??.. Izz sedar kesilapan Izz memungkiri janji,..tp Izz tahu batas hubungan Izz dgn Add. Izz tiada niat untuk bcinta semula dengan Ad walaupn Izz tahu hati Ad masih mncintai Izz. Izz sedar kesilapan Izz, tp Mal tidak layak mnghukum Izz.. Sejak dari itu Mal sering mpermainkan hati Izz,..datang dan pergi sesuka hatinya.. Mpersendakan cinta Izz,..tdk sedikit pn dia menghormati Izz. Ohh Tuhan,..ujian apakah ini??..


Hurmm...megelamun seketika... Air mata tidak henti berlinangan.. Izz menarik nafas pnjang.. disapunya airmata dengan lembut dipipi. Cuba untuk melupakan cinta dahulu. Izz Redha dgn ktentuan Illahi. Apakan daya, semua telahpun terjadi. Inilah yg dikatakan balasan. Tuhan Maha Adil. Aku telah menerima kesakitan yg amat perit yg mungkin dlalui oleh Ad dahulu.


Ya,..Allah tabahkanla hati ini... 


"Izzraaaaaa,....jom balik?.. hari da nak senja.." Teriak zura dari jauh.


............................................................................................ 

Bismillahirahmanirrahim.... New Life~

Assalammualaikum w.b.t


Pembuka bicara untuk ruangan blog saya untuk 2011.
Hanya secebis karya atau pun kata-kata untuk di kongsi.
Ia bukanlah satu permulaan tapi satu pembaharuan dalam segi apa pun.


TEMPAT KERJA & KAWAN
Oh~ 1st Feb 2011,...hari bakal aku menjejaki ke office baru. Agak-agak macam manalah keadaan aku nanti. Hahaa...mesti macam-macam orang aku jumpa. Yela slama ni tempat kerja aku dulu jumpa customer direct dengan orang-orang besar...CEO, Director, Manager...yang muda,..yang berumur yang tua sebaya dengan atok & nenek aku pun ada..jadi aku dah faham sangat da karenah diorang. Tapi ini tempat baru, oh,..macam manalah aku nak sesuaikan dengan customer baru nanti. Insyaallah aku akan cuba untuk mengatasi semuanya dengan profesional. Profesional la jugaaaakk... heheee... 

Bila kita berada di tempat kerja baru mestilah environment baru, procedure baru, bos baru, dan secara terang-terang kita akan dapat kawan baru. Aduhaiiiii...kadang-kadang malas benar nak kenal hati budi manusia ni. Yela yang lama pun aku terkial-kial nak kenal orang dengan rapat. Bukan memilih, cuma nak lebih berhati-hati. Baik lelaki mahupun perempuan aku rasa zamansekarang ni dah tak jauh beza pun mereka punya attitude. Tapi tak adalah aku nak cakap semuanya baik & semuanya tak baik. Apa yang penting keikhlasan, saling hormat-menghormati dan juga bantu membantu sesama. Kalau kita dah pun bekerja dalam satu tempat mestila ada sikap macam tu kan? Tak adalah nak fikir diri sendiri saja bak kata orang putih "selfish". Banyak juga aku nampak orang macam ni. Biasalah manusia kan tak semuanya sempurna.
  
TEMAN HIDUP
Ini juga salah satu pembaharuan bakal berlaku dalam hidup aku. Ya Allah,..panjangkanlah jodoh kami. Dengan segala dugaan yang telah engkau berikan pada aku sebelum ini. KEKECEWAAN, PUTUS ASA, SEDIH, semua ada.... Aku yakin dengan apa yang aku terima dengan ujian itu, SI DIA adalah kurnia dan hadiah yang diberikan olehMu Ya Allah. Akan aku menjaga hubungan ini sehingga akhir hayat aku.


BERKEYAKINAN,....yup!!... aku akan cuba untuk buat yang terbaik. Komitmen yang lebih. Tapi,....macam rasa diri ini perlu belajar dari awal. Alamakkkk!!.. boleh ke??.. Apa-apa pun hidup harus diteruskan. Nak kata aku tak nervous tipula kan. Adalah juga perasaan itu sekarang ini. Cuma sekarang aku hanya berfikir macam mana nak mulakan kerja dan bakal family tu nanti. Apa-apa pun harap kat tempat baru ni membuatkan aku lebih ke arah yang lebih baik dan harus lebihkan berfikiran positif. Ingat pesan ibu, mulakan dengan niat yang baik dan ikhlas dalam melakukan sesuatu. Yess...cakap ibu selalunya benar. 


ALHAMDULILLAH - BERSYUKUR,....Tuhan sentiasa melindungi dan memberi yang terbaik kepada hambaNya yang sentiasa BERTERIMA KASIH dengan apa yang diberikan. Aku amat-amat bersyukur dengan rezeki yang diberikan olehNya. Tempat kerja baru bersama akan mengharungi bakal kehidupan baru (berkahwin). Insyaallah,....dengan ada memiliki hati yang bersih, tidak ada hasad dengki sesama manusia, hidup akan diberkati. Harus buat yang lebih baik kepada diri, keluarga dan pasangan yang bakal hidup dgn aku. Harap semua berjalan dengan lancar. Ya Allah ya Tuhanku...Kaulah segalanya yang menentukan kehidupan manusia. Dengan aku sentiasa mengingatiMu Ya Allah,...mudahkanlah perjalanan hidup ini. Amin......


(~,^)v