Saturday, February 26, 2011

:: Si Perampas Cinta

Apa yang nak di kongsi di sini adalah sebagai panduan dan juga perlindungan pada diri. Nak di pendekan cerita untuk di kongsi berkaitan dengan P E R A M P A S. Bukan pampasan atau hempasan ya. Sebutan seakan-akan sama tetapi erti sangat berbeza. Untuk menceritakan Perampas yang ddimaksudkan ini adalah berkaitan dengan????.... Perampas Cinta~

Banyak kita lihat di dunia sebenar ini, pelbagai fenomena dan situasi yang kerap kita dengar adalah mengenai ini. Tidak kisahlah sama ada Perampas cinta pada harta benda, cinta kepada haiwan peliharaan dan juga cinta kepada manusia. Tetapi untuk apa yang ingin ditekankan di sini adalah Perampas Cinta Sesama Manusia.

Perampas, Dirampas atau Merampas??... Adakah 3 perkataan ini sama maksud? Blogger pun kurang arif untuk mentafsirkan perkataan ini. Macam sama sahaja. Hehe...

Kita sering membaca di akhabar, di majalah dan yang paling popular pada zaman ini adalah di laman web sosial. Ada sahaja cerita berkisahkan cerita cinta, dan paling banyak dan kerap adalah putus cinta. Putus cinta??.. Putus cinta disebabkan Orang Ketiga. Sama ada orang yang dah pun berumah tangga, yang bertunang mahupun sepasang kekasih. Bila blogger baca sesetengah orang yang putus cinta ni mesti disebabkan orang ke tiga dalam istilah gelaran yang kurang sopan di panggil Perampas.

Aduhaiii,....sakitnya bila menjadi mangsa perampas cinta ni kan? Ada banyak kes yang blogger dengar2 cerita mengenai Perampas ni. Nak tau kisah yang akan blogger cerita?

Cerita Pertama ::

Fizi telah menjalinkan hubungan bersama dengan seorang gadis yang bernama Rika. Mereka berkenalan tidak mengambil masa yang lama, lalu bercinta. Perkenalan mereka mengambil beberapa minggu sahaja dan berputiknya bibit-bibit cinta antara mereka.

PERMULAAN HUBUNGAN..... 10 hari perkenalan mereka, Fizi telah pun melamar Rika untuk menjadi kekasih hatinya. Rika tidak berfikir panjang, lalu menerima cinta Fizi. Rika berfikir sejenak kenapa dia cepat benar menjalinkan hubungan cinta ini? Ini adalah kali pertama Rika menerima cinta lelaki. Bukankah Rika baru sahaja ditinggalkan kekasih lama? Dan bagi Fizi pula, kemungkinan dia telah lama bersendirian hampir 6 tahun tidak ada seorang gadis menjadi teman hatinya. Mungkin itu adalah faktor kenapa pengenalan percintaan mereka terlalu cepat terjalin.

Bermulanya perkenalan Rika tidak berapa menyintai Fizi. Biasalah, orang baru sahaja terluka dengan kisah cinta dahulu, mungkin Fizi adalah peneman hati di kala sunyi. Rika sering menyakiti hati Fizi. Fizi pula banyak bersabar dengan karenah Rika tapi lama kelamaan Rika berubah hati dan semakin hari semakin sayang Rika pada Fizi menebal.Mereka dapat mengubah sesama sendiri, dimana pengalaman lama dan juga sikap buruk yang lama dijadikannya 1 pengajaran. Mereka telah berjanji sesama untuk menjalinkan hubungan percintaan ini sebaik-baiknya.

RESTU KEDUA IBUBAPA........ Percintaan mereka telahpun direstui oleh kedua orang tua Fizi dan juga Rika. Orang tua Fizi amat menyenangi kehadiran Rika dalam keluarga mereka. Rika seorang gadis yang pertama berjaya mengubah kehidupan Fizi yang lama menjadi Fizi yang sentiasa berada disamping family. Rika memang seorang gadis yang sentiasa merendah diri. Hendak dibandingkan dengan kekasih lama Fizi yang dulu sangat jauh berbeza. Wajah dan penampilan Rika yang sederhana menyempurnakan hati Fizi. Mungkin ini Rika adalah pilihan tepat Fizi.

BERUBAH HATI.... Masa berganti hari, hari berganti bulan,..... Sejak Rika dan Fizi menamatkan pelajaran, masing-masing berjauhan untuk mencari kejayaan. Mereka berdua tidak lupa saling untuk ingat mengingati. Sejak Rika baru sahaja menamatkan kontraknya sebagai guru, Rika sebuk mencari pekerjaan lain untuk mencapai impian dia dan Fizi dalam berumah tangga bersama Fizi kelak. Rika akui, Rika tidak banyak meluangkan masa dengan Fizi. Rika banyak menghabiskan masa dengan kerja sehingga malam. Fizi sering memarahi Rika dan salalu fikir Rika akan membuat sesuatu yang diluar jangkaan iaini curang. Hampir tiap hari mereka bertengkar sehingga satu tahap Fizi tidak membenarkan Rika keluar dari rumah. Apa sahaja yang Rika lakukan harus diberitahu. Kalau Rika terlupa, ada sahaja yang difikirkan Fizi sehingga Rika rimas dengan kelakuan Fizi.

ORANG KE TIGA..........Fizi dan Rika tidak pernah menyembunyikan sesuatu. Bak kata orang tiada rahsia antara mereka. Apa yang akan terjadi harus diberitahunya. Perkara yang wajib diberitahu adalah sesuatu yang boleh merosak hubungan percintaan. Suatu hari kami tidak bertengkar, bermesej seperti biasa. Tiba-tiba Fizi menanyakan soalan yang tidak pernah Rika terfikir soalan itu akan keluar dari fikiran Fizi. Fizi bertanya kepada Rika

Fizi :: "Rika, jika seseorang mengambil berat tentang Fizi daripada Rika, agak-agak Rika boleh tak buat perkara yang sama dengan orang yang ambil berat kat Fizi?"

Rika :: "Aik? Kenapa tanya soalan tu? Ada perempuan lain ke yang dah ambil berat kat Fizi?"

Fizi diam seketika. Rika bertanyakan soalan yang sama lagi.

Rika :: "Kenapa diam? Jawabla? Siapa perempuan tu? Dia tau tak yang Fizi dah ada Rika?"

Fizi :: "Kalau Fizi cerita, Rika jangan marah ya. Nama dia Yani, kawan lama Fizi. Kami dah lama tidak berhubung. Ingat tak yang kita asyik bergaduh saja? Time tu dia tiba-tiba mesej Fizi. Sejak dari itu, kami selalu bermesej."

Rika terdiam seketika. Hati Rika hancur dan sangat kecewa. Rika berfikir apakah kesilapan yang Rika lakukan? Rika sedar Rika jauh darinya. Tapi kalau dia fikir hati Rika, dia tidak akan buat Rika macam tu. Dia patut tahu yang Rika tidak ada sesiapa selain dia. Dia harus percayakan Rika bukan dia yang melakukan dengan apa yang dia fikir buruk tentang Rika.

Rika :: "Fizi,...boleh tak Fizi jangan bermesej dengan dia lagi? Fizi kan dah ada Rika? Rika akui Rika jauh dari Fizi, Rika tidak selalu ada masa untuk bermesej dengan Fizi apa lagi mahu berjumpa sentiasa. Rika keluar bekerja sampai malam adalah untuk kita. Adakah setiap hari Fizi memarahi Rika berfikir bukan-bukan tentang Rika sehingga bertengkar, dan sebenarnya Fizi yang melakukan itu?" 

Fizi terdiam seketika. Fizi memohon maaf kepada Rika dan berjanji tidak akan bermesej dengan perempuan yang bernama Yani itu lagi.

Keesokan hari, Yani mesej Fizi. Fizi forward semula mesej yang Yani hantar.

<mesej diterima :: Hai, Good morning dear? How's today?> 

Tergamam Rika membaca mesej perempuan tu. Rika menahan sabar. Rika tidak salahkan dia. Kemungkinan dia tidak tahu hubungan antara Rika dan Fizi. Rika bertanya pada Fizi.

Rika :: "Apa masalah dia bahasakan diri Fizi dear??? Kamu berdua dah bercinta ke?"

Fizi :: "Dia memang macam tu. kami tidak ada apa-apa. Dear ibaratkan hubungan seorang sahabat."

Rika :: "Wahhh...sahabat boleh nak dear-dear macam tu ke? Erm,....barat betul ya minah ni? Boleh Rika minta no tel dia?"

Rika menerima no tel Yani daripada Fizi. Tetapi Rika masih lagi tidak melakukan apa-apa tindakan. Rika mendiamkan diri sahaja melihat apa yang akan terjadi selepas ini.

Makin hari rasa seperti ada sesuatu yang telah disembunyikan dari Fizi. Rika telah melakukan sesuatu yang boleh membuatkan kemarahan Fizi. Rika keluar tanpa memberitahu Fizi. Rika seolah-olah sengaja ingin menimbulkan pertengkaran. Fizi cuba menghubungi Rika, tetapi Rika tidak menjawab. Di mesej tidak di balas. Rika tahu Fizi akan mencari Rika.

Keesokan hari Rika mencuba untuk menghubungi Fizi semula, tetapi Fizi melakukan benda yang sama seperti mana Rika lakukan malam semalam. Akan tetapi Rika buat seperti biasa. Cuba menghubungi semula Fizi tetapi tidak dijawabnya. Rika memujuk hati sendiri, mungkin Fizi sebuk dengan kerjanya.

Hari-hari dan setiap masa Rika cuba menghubunginya lagi, akhirnya Fizi angkat.

Rika :: "Hello,...Fizi..."

Tiba-tiba Rika terdengar suara perempuan yang menjawab telifon Fizi. Rika memberanikan diri dan cekalkan hati untuk teruskan perbualan.

Perempuan :: "Fizi? Fizi tak ada. Siapa ni?"

Rika :: "Rika bercakap. Boleh saya tau siapa yang bercakap ni?"

Perempuan :: "Buat apa nak tau?"

Dengan bongkak dan angkuhnya perempuan itu menjawab. Hati yang penuh kecewa, Rika redha lalu Rika memutuskan talian. Rika terdiam dan tergamam seketika.

Akhirnya hubungan kami putus ditengah jalan. Fizi, sampai hati kau lukakan hati Rika. Apa salah Rika? Rika menitiskan air mata dan pasrah dengan apa yang telah berlaku.

Dah berbulan-bulan Rika bersendirian, Rika cuba menghubungi Fizi. Fizi berbual seperti biasa dengan Rika. Fizi membuat pengakuan yang dia sekarang menjalinkan hubungan dengan Yani. Untuk memuaskan hati Rika, Rika cuba untuk mencari siapakah sebenarnya perempuan yang bernama Yani seorang perampas cinta Rika. Adakah dia terbaik? Lebih baik dari Rika?

Suatu hari Rika telah pun mengetahui siapa sebenarnya Yani dan bagaimana orangnya. Baik kah? Sopan santunkah? Penampilan yang senonoh kah? Setelah mengetahui bagaimana orangnya, Rika menarik nafas lega. Pada Rika, tiada kesempurnaan pada diri perempuan itu.

Rika berdoa agar Fizi dapat mencari lebih baik dari Rika dan si perampas cinta...

Friday, February 11, 2011

Cerpen :: Dah Kahwin ke??...

Berjalan sambil membeli-belah bersama tersayang di hujung minggu memang rutin harian Irra.

Seperti Irra kenal lelaki berdiri di depannya. Oh ya,..baru Irra ingat kawan masa di Universiti rupanya. Irra menegur. Irra memberi isyarat kepada Nafi untuk ke hadapan sekejap.

Irra :: "Eh!!.. kau bukan ke Mamat? Budak account kn?"

Mamat :: "Irra ke? tu yang aku dok fikirla kau ni. Rasa macam kenal macam tak. Nanti karang aku tegur takut salah orang ni kau dah tegur aku dulu aku tak silapla. Kau apa cerita? Kerja mana sekarang? Buat apa kat sini?"


Irra :: "hahaa...aku tak kan lupa memberla babe. Aku macam ni saja la. Kerja designer kat KL. Aku ke sini pun balik kampung singgah sini kejap beli kerepek ni ha dengan boyfriend aku. Kau apa cerita? Kerja mana sekarang?"


Mamat :: "Aku kerja cikgu dekat Segamat. Ni pun aku balik kampung. Bila nak kahwin ni? hehee...."


Irra :: "La..kau tanya aku ke? Haahahaa..ada rezeki kahwinla aku nanti. Yang kau tanya aku kau bila pulak?"


Mamat :: "Aku mungkin bulan November ni."

Irra :: "Wahh...nak dekat juga jodoh kau ye. Bagusla jangan lupa jemput aku pula."

Mamat :: "Eh! aku jemput punya semua. Ermm....kau ingat lagi Fariz?"

Tiba-tiba mamat buka cerita cinta Irra dulu. Irra terdiam smbil tersenyum. Mana Irra boleh lupa insan yang pernah bertakhta dalam hati Irra dan nama lelaki itu juga yang mengecewakan hati Irra dulu.

Irra :: "Ha,..kenapa dengan dia? Dah meninggal ke?"

Mamat :: "Ish!..kau ni.. Panjang lagi umur dia. Dia bakal dapat anak. Tak silap aku isteri dia mengandung 2 kali. Kalau tak da ada 2 anak. Tapi anak pertama gugur. Ini alhamdulillah dah nak bersalin dah pun isteri dia tunggu berapa bulan lagi kot."

Terperanjat Irra bila terdengar yang Fariz dah kahwin. Setahu Irra, Fariz masih menghubungi Irra baru-baru ini. Mungkin dalam beberapa bulan kebelakangan tu.

Irra :: "Apa?? Fariz dah kahwin? Bila?"

Mamat :: "Aku tak berapa tahu sangat bila tapi dah lama la juga. Tak silap aku akhir 2008 kot. Dia kahwin tak buat besar-besar. Tak ramai kawan kita yang tau. Budak house mate dia yang 1 kelas dengan dia pun dia tak jemput. Dia tak jemput aku pun tak datangla.

Irra termenung seketika mengimbas kembali waktu Fariz cari Irra dan menghubungi Irra untuk ajak berjumpa.

Irra :: "Sure ke dia da kahwin ni Mat? Dapat orang mana?"

Mamat :: "Isteri dia orang Pahang ke Kelantan camtu la. Tapi aku dengar-dengar itu pilihan mak dia."

Irra :: "Yeke pilihan mak? Bagusla kalau mak dia carikan isteri untuk dia."

Mamat :: "Dia tak beritahu kau ke Irra?" Mamat sengaja acukan soalan seperti itu untuk melihat reaksi Irra.


Irra :: "Entahlah Mat. Aku malas dah nak ambil tahu pasal dia. Ni kau dah beritahu kat aku. La ni la aku dapat tau. Kalau tak aku tak tau langsung pun."


Mamat :: "Aik? bunyi lain macam saja nada kau tu Irra. Dia contact kau lagi tak?"


Irra :: "Contactla juga. Tu yang aku pelik sungguh tu. Kau cakap tadi dia da kahwin akhir tahun 2008. Tapi dia masih cari aku masa tahun 2009 sehinggalah dalam selang 3,4 bulan yang lepas. Siap nak ajak jumpa la apa la. Tengok sikit haram pun dia tak cerita yang dia nak kahwin apa ntah lagi da kahwin siap dah nak ada anak lagi."


Mamat :: "Ala~ contact kawan-kawan kot. Adalah tu dia nak cakap kat kau tu tak?"


Irra :: "Agaknyala tu kot."


Mamat :: "Dia pernah ke nak ajak jumpa?"


Irra :: "Entahlah Mat. Aku malas nak cerita benda-benda lama ni. Karang nanti kurang pulak pahala aku. Aku tak nak la mengaibkan siapa-siapa. Biarla dia hidup dengan aman. Aku cuma bersimpati dengan anak dan isteri dia. harap isteri dia tabah menghadapi dugaan. Aku cakap macam ni sebab aku lebih mengenali dia terlebih dahulu sebelum isteri dia. Mungkin depan isteri dia, bangga dapat suami macam dia. Harap si Fariz tu berubahlah sikap. Sudah ada anak isteri, jadi jagalah elok-elok."


Mamat :: "Sorryla Irra kalau aku buat kau kecil hati pulak. Aku ingat benda lama macam ni kau dah tak ada apa-apa."


Irra :: "Hehehe....tak lah Mat. Aku ok je la. Lagipun apa aku nak ambil hati bebenar dengan si Malaun tu. Dia dah aku campak jauh-jauh dah pun kat tepi parit lama dah buat jambatan baru dah pun. Haha...."


"Ermm,...oklah Mat,...boyfriend aku dah lama tunggu dah tu. Aku gerak dulula ya. Nanti kirim salam kawan-kawan kalau kau naik pelamin nanti ya. Sorrylah kalau aku tak dapat nak datang jemputan kau nanti."


Mamat :: "Ohh.....Ok...Ok....tak ada hal. Kau pun sama. Kirim salam kat boyfriend baru kau tu ea."

Irra melintas jalan menuju ke kereta sambil berfikir dan bercakap dalam hati.

"Kenapalah aku boleh jumpa manusia seperti ini? Pernah dulu dia mengatakan yang aku tidak menghargai cinta dia. Sekarang aku yakin yang dia tidak menghargai cinta aku. Aku faham sekarang apa sebenarnya yang dirasai oleh dia. Apa sebenarnya yang dia nak? Adakah dia tidak dapat kesempurnaan dalam hidup setelah berumah tangga? Adakah dia merasakan penyesalan kerana silap memilih?... Mungkin tidak sekarang... Insyaallah dia akan terima kebahagiaan kelak. Dan sangat bersyukur kepadaMu ya Allah, kau telah menjauhkan aku dari dia. Sangat Bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana bukan dia jodoh aku."

Tiba di kereta Irra buka pintu dan duduk di sebelah Nafi. Memandang Nafi sambil memegang erat tangan Nafi. Nafi tersenyum lembut dan mencuit dagu Irra sambil mengatakan sesuatu pada Irra.

Nafi :: "I'll always be with you honey. Whatever happen is you are the only special person I love and don't worry I trust you. I know you love me more than ever u had before."


Irra :: "Terima Kasih mucuk~~" Irra tersenyum manja lalu mencium tangan kekasih hatinya.

Bersyukur dalam hati Irra kerana masih ada lagi lelaki yang menyayangi Irra lebih dari segalanya. Harap cinta ini adalah cinta terakhir Irra hingga ke akhirat. Amin........

Teruskan berbicara

Bicara mengikut kesesuaian keadaan.
Tidak salah untuk kita beri pandangan dan sedikit nasihat untuk di kongsi bersama.
Bukan melarang untuk mengeluarkan kata-kata yang menyentuh moral segelintir sikap manusia.
Kadang terfikir juga, apa yang nak kita sampaikan ini adalah benar atau tidak? Cukup ke diri ini penuh pengetahuan dalam ilmu agama atau pakar motivasi macam Dato' Dr Fadzilah Kamsah?

Teruskanlah berbicaraaaa........