Sunday, January 30, 2011

Tengok movie S E R A M...

Semalam agak seronokla jugak. Keluar bersama family dgn sepupu & mak cik sekali. Rancang nak g tengok wayang dan berkaroke hari jumaat hari tu. Tapi masing-masing balik kerja dah penat. Pulak tu si my lovely shayang datang JB ada hal sikit. Jadi kami pun tunda pada hari sabtu (semalam).
Pukul 4.00pm kitorg gerak pergi Today's Mall, Tiram. 
Sampai sana saja kita orang tengok movie cite serammm.... "K H U R A F A T".
Seramlah juga cerita tu. Dari awal hingga habis hantu asyik muncul saja. Lepas tu sound effect dia buat kita orang terperanjat melampau-lampau. Ditambahkan pula suasana dalam cerita tu agak seram dengan muka hantu yg hodoh dan buruk. Tak duduk senang aku dalam panggung tu.

Suka dengan jalan cerita dia.Walaupun setengah pihak mengatakan ada sedikit kekurangan dalam filem itu. Untuk aku sebagai penonton yang tidak ada bakat dalam menghasilkan sebuah filem atau drama pun, cukupla sekadar memberi sedikit cerita dan pengajaran untuk di kongsikan bersama semua.

CERITA dan komen~~
KHURAFAT yang aku tonton semalam, jalan cerita memang sangat memberi kita pengajaran dan juga sikit rasa sedihlah juga. Ini berlaku bukan sekadar dalam cerita atau wayang sahaja. Dalam Kehidupan realiti manusia sekeliling pun ada membuat kerja-kerja yang keji ini. Minta dijauhkanla...... Kita saksikan sedikit Official Music Video ini....

Watak dan lakonan,........Tidak sangka watak Johan yang dilakonkan oleh Syamsul Yusof selaku pengarah sangat memberi impak pada diri aku. Seperti mana Johan cuba untuk memikat hati seorang perempuan yang bernama Ana lakonan Sabrina Ali seorang yang cantik dan hot, tapi tidak dipedulikannya. Malah Johan di hinanya lagi. Maka Johan membuat sesuatu dengan mengamalkan ilmu sihir pada Ana untuk membuatkankan Ana sukakannya. 

Sedih juga dengan keadaan Ana yang sanggup membunuh diri kerana ditinggalkan Johan. Mana tidaknya Johan telah mendrem dia untuk buat Ana tergila-gilakan dia. Peh!!...sungguh dasyat kesan seperti itu.Terfikir juga dengan aku ni. Yelah kadang-kadang kita tidak sedar yang kita pernah melukakan hati seseorang. Untuk sesiapa yang pernah aku sakiti, aku harap dia tidak menyimpan dengki dan dendam pada aku. huhuhuuu...... This is a real life,.. tidak mustahil masih lagi ada masyarakat yang serba moden ini masih mengamalkan ilmu-ilmu hitam sebegitu.. 

Jadi kepada sesiapa yang belum menonton, tontonlah cepat-cepat selagi Khurafat masih ada ditayangkan.. (Hehe..promote pulak. Bukan aku berlakon pun dalam filem tu.) Apa-apa pun filem ini membuatkan saya rasa lebih berhati-hati mengenali orang dan sentiasa berdoa minta perlindungan dari Allah S.W..T menjauhkan daripada hasad dengki manusia yang mempunyai niat jahat pada diri kita dan keluarga.
(~,^)v



No comments:

Post a Comment