Saturday, February 26, 2011

:: Si Perampas Cinta

Apa yang nak di kongsi di sini adalah sebagai panduan dan juga perlindungan pada diri. Nak di pendekan cerita untuk di kongsi berkaitan dengan P E R A M P A S. Bukan pampasan atau hempasan ya. Sebutan seakan-akan sama tetapi erti sangat berbeza. Untuk menceritakan Perampas yang ddimaksudkan ini adalah berkaitan dengan????.... Perampas Cinta~

Banyak kita lihat di dunia sebenar ini, pelbagai fenomena dan situasi yang kerap kita dengar adalah mengenai ini. Tidak kisahlah sama ada Perampas cinta pada harta benda, cinta kepada haiwan peliharaan dan juga cinta kepada manusia. Tetapi untuk apa yang ingin ditekankan di sini adalah Perampas Cinta Sesama Manusia.

Perampas, Dirampas atau Merampas??... Adakah 3 perkataan ini sama maksud? Blogger pun kurang arif untuk mentafsirkan perkataan ini. Macam sama sahaja. Hehe...

Kita sering membaca di akhabar, di majalah dan yang paling popular pada zaman ini adalah di laman web sosial. Ada sahaja cerita berkisahkan cerita cinta, dan paling banyak dan kerap adalah putus cinta. Putus cinta??.. Putus cinta disebabkan Orang Ketiga. Sama ada orang yang dah pun berumah tangga, yang bertunang mahupun sepasang kekasih. Bila blogger baca sesetengah orang yang putus cinta ni mesti disebabkan orang ke tiga dalam istilah gelaran yang kurang sopan di panggil Perampas.

Aduhaiii,....sakitnya bila menjadi mangsa perampas cinta ni kan? Ada banyak kes yang blogger dengar2 cerita mengenai Perampas ni. Nak tau kisah yang akan blogger cerita?

Cerita Pertama ::

Fizi telah menjalinkan hubungan bersama dengan seorang gadis yang bernama Rika. Mereka berkenalan tidak mengambil masa yang lama, lalu bercinta. Perkenalan mereka mengambil beberapa minggu sahaja dan berputiknya bibit-bibit cinta antara mereka.

PERMULAAN HUBUNGAN..... 10 hari perkenalan mereka, Fizi telah pun melamar Rika untuk menjadi kekasih hatinya. Rika tidak berfikir panjang, lalu menerima cinta Fizi. Rika berfikir sejenak kenapa dia cepat benar menjalinkan hubungan cinta ini? Ini adalah kali pertama Rika menerima cinta lelaki. Bukankah Rika baru sahaja ditinggalkan kekasih lama? Dan bagi Fizi pula, kemungkinan dia telah lama bersendirian hampir 6 tahun tidak ada seorang gadis menjadi teman hatinya. Mungkin itu adalah faktor kenapa pengenalan percintaan mereka terlalu cepat terjalin.

Bermulanya perkenalan Rika tidak berapa menyintai Fizi. Biasalah, orang baru sahaja terluka dengan kisah cinta dahulu, mungkin Fizi adalah peneman hati di kala sunyi. Rika sering menyakiti hati Fizi. Fizi pula banyak bersabar dengan karenah Rika tapi lama kelamaan Rika berubah hati dan semakin hari semakin sayang Rika pada Fizi menebal.Mereka dapat mengubah sesama sendiri, dimana pengalaman lama dan juga sikap buruk yang lama dijadikannya 1 pengajaran. Mereka telah berjanji sesama untuk menjalinkan hubungan percintaan ini sebaik-baiknya.

RESTU KEDUA IBUBAPA........ Percintaan mereka telahpun direstui oleh kedua orang tua Fizi dan juga Rika. Orang tua Fizi amat menyenangi kehadiran Rika dalam keluarga mereka. Rika seorang gadis yang pertama berjaya mengubah kehidupan Fizi yang lama menjadi Fizi yang sentiasa berada disamping family. Rika memang seorang gadis yang sentiasa merendah diri. Hendak dibandingkan dengan kekasih lama Fizi yang dulu sangat jauh berbeza. Wajah dan penampilan Rika yang sederhana menyempurnakan hati Fizi. Mungkin ini Rika adalah pilihan tepat Fizi.

BERUBAH HATI.... Masa berganti hari, hari berganti bulan,..... Sejak Rika dan Fizi menamatkan pelajaran, masing-masing berjauhan untuk mencari kejayaan. Mereka berdua tidak lupa saling untuk ingat mengingati. Sejak Rika baru sahaja menamatkan kontraknya sebagai guru, Rika sebuk mencari pekerjaan lain untuk mencapai impian dia dan Fizi dalam berumah tangga bersama Fizi kelak. Rika akui, Rika tidak banyak meluangkan masa dengan Fizi. Rika banyak menghabiskan masa dengan kerja sehingga malam. Fizi sering memarahi Rika dan salalu fikir Rika akan membuat sesuatu yang diluar jangkaan iaini curang. Hampir tiap hari mereka bertengkar sehingga satu tahap Fizi tidak membenarkan Rika keluar dari rumah. Apa sahaja yang Rika lakukan harus diberitahu. Kalau Rika terlupa, ada sahaja yang difikirkan Fizi sehingga Rika rimas dengan kelakuan Fizi.

ORANG KE TIGA..........Fizi dan Rika tidak pernah menyembunyikan sesuatu. Bak kata orang tiada rahsia antara mereka. Apa yang akan terjadi harus diberitahunya. Perkara yang wajib diberitahu adalah sesuatu yang boleh merosak hubungan percintaan. Suatu hari kami tidak bertengkar, bermesej seperti biasa. Tiba-tiba Fizi menanyakan soalan yang tidak pernah Rika terfikir soalan itu akan keluar dari fikiran Fizi. Fizi bertanya kepada Rika

Fizi :: "Rika, jika seseorang mengambil berat tentang Fizi daripada Rika, agak-agak Rika boleh tak buat perkara yang sama dengan orang yang ambil berat kat Fizi?"

Rika :: "Aik? Kenapa tanya soalan tu? Ada perempuan lain ke yang dah ambil berat kat Fizi?"

Fizi diam seketika. Rika bertanyakan soalan yang sama lagi.

Rika :: "Kenapa diam? Jawabla? Siapa perempuan tu? Dia tau tak yang Fizi dah ada Rika?"

Fizi :: "Kalau Fizi cerita, Rika jangan marah ya. Nama dia Yani, kawan lama Fizi. Kami dah lama tidak berhubung. Ingat tak yang kita asyik bergaduh saja? Time tu dia tiba-tiba mesej Fizi. Sejak dari itu, kami selalu bermesej."

Rika terdiam seketika. Hati Rika hancur dan sangat kecewa. Rika berfikir apakah kesilapan yang Rika lakukan? Rika sedar Rika jauh darinya. Tapi kalau dia fikir hati Rika, dia tidak akan buat Rika macam tu. Dia patut tahu yang Rika tidak ada sesiapa selain dia. Dia harus percayakan Rika bukan dia yang melakukan dengan apa yang dia fikir buruk tentang Rika.

Rika :: "Fizi,...boleh tak Fizi jangan bermesej dengan dia lagi? Fizi kan dah ada Rika? Rika akui Rika jauh dari Fizi, Rika tidak selalu ada masa untuk bermesej dengan Fizi apa lagi mahu berjumpa sentiasa. Rika keluar bekerja sampai malam adalah untuk kita. Adakah setiap hari Fizi memarahi Rika berfikir bukan-bukan tentang Rika sehingga bertengkar, dan sebenarnya Fizi yang melakukan itu?" 

Fizi terdiam seketika. Fizi memohon maaf kepada Rika dan berjanji tidak akan bermesej dengan perempuan yang bernama Yani itu lagi.

Keesokan hari, Yani mesej Fizi. Fizi forward semula mesej yang Yani hantar.

<mesej diterima :: Hai, Good morning dear? How's today?> 

Tergamam Rika membaca mesej perempuan tu. Rika menahan sabar. Rika tidak salahkan dia. Kemungkinan dia tidak tahu hubungan antara Rika dan Fizi. Rika bertanya pada Fizi.

Rika :: "Apa masalah dia bahasakan diri Fizi dear??? Kamu berdua dah bercinta ke?"

Fizi :: "Dia memang macam tu. kami tidak ada apa-apa. Dear ibaratkan hubungan seorang sahabat."

Rika :: "Wahhh...sahabat boleh nak dear-dear macam tu ke? Erm,....barat betul ya minah ni? Boleh Rika minta no tel dia?"

Rika menerima no tel Yani daripada Fizi. Tetapi Rika masih lagi tidak melakukan apa-apa tindakan. Rika mendiamkan diri sahaja melihat apa yang akan terjadi selepas ini.

Makin hari rasa seperti ada sesuatu yang telah disembunyikan dari Fizi. Rika telah melakukan sesuatu yang boleh membuatkan kemarahan Fizi. Rika keluar tanpa memberitahu Fizi. Rika seolah-olah sengaja ingin menimbulkan pertengkaran. Fizi cuba menghubungi Rika, tetapi Rika tidak menjawab. Di mesej tidak di balas. Rika tahu Fizi akan mencari Rika.

Keesokan hari Rika mencuba untuk menghubungi Fizi semula, tetapi Fizi melakukan benda yang sama seperti mana Rika lakukan malam semalam. Akan tetapi Rika buat seperti biasa. Cuba menghubungi semula Fizi tetapi tidak dijawabnya. Rika memujuk hati sendiri, mungkin Fizi sebuk dengan kerjanya.

Hari-hari dan setiap masa Rika cuba menghubunginya lagi, akhirnya Fizi angkat.

Rika :: "Hello,...Fizi..."

Tiba-tiba Rika terdengar suara perempuan yang menjawab telifon Fizi. Rika memberanikan diri dan cekalkan hati untuk teruskan perbualan.

Perempuan :: "Fizi? Fizi tak ada. Siapa ni?"

Rika :: "Rika bercakap. Boleh saya tau siapa yang bercakap ni?"

Perempuan :: "Buat apa nak tau?"

Dengan bongkak dan angkuhnya perempuan itu menjawab. Hati yang penuh kecewa, Rika redha lalu Rika memutuskan talian. Rika terdiam dan tergamam seketika.

Akhirnya hubungan kami putus ditengah jalan. Fizi, sampai hati kau lukakan hati Rika. Apa salah Rika? Rika menitiskan air mata dan pasrah dengan apa yang telah berlaku.

Dah berbulan-bulan Rika bersendirian, Rika cuba menghubungi Fizi. Fizi berbual seperti biasa dengan Rika. Fizi membuat pengakuan yang dia sekarang menjalinkan hubungan dengan Yani. Untuk memuaskan hati Rika, Rika cuba untuk mencari siapakah sebenarnya perempuan yang bernama Yani seorang perampas cinta Rika. Adakah dia terbaik? Lebih baik dari Rika?

Suatu hari Rika telah pun mengetahui siapa sebenarnya Yani dan bagaimana orangnya. Baik kah? Sopan santunkah? Penampilan yang senonoh kah? Setelah mengetahui bagaimana orangnya, Rika menarik nafas lega. Pada Rika, tiada kesempurnaan pada diri perempuan itu.

Rika berdoa agar Fizi dapat mencari lebih baik dari Rika dan si perampas cinta...

2 comments:

  1. iza..nak royalti...sejibik cerita sye tp terbalik laki ngan pmpn tu jer...hahaha... :P

    ReplyDelete
  2. Suami saya Johnson membuang saya untuk wanita lain untuk pes 3 tahun ,. Rakan saya Jennifer Oscar memperkenalkan saya kepada seorang pelukis Voodoo Love Spell yang dipanggil Oduduwa,
    Pada mulanya saya tidak pernah percaya DR Oduduwa akan dapat membantu saya memenangi kembali HUSBAND EX saya dari wanita lain ini, ini adalah kali pertama saya melibatkan dalam Love Eja, kerana cinta yang saya ada untuk suami saya, saya masih sayang dia dan saya ingin suami saya pulang ke rumah, saya berikan percubaan, saya dengan teliti mengikuti dan mematuhi semua arahan DR ODUDUWA. saya mengejutkan bahawa selepas 3 Hari menghantar cinta-mantra dan bekerja Incantations dengan gambar suami saya dan nama-nama yang diberikan kepada DR ODUDUWA, Makan tengah hari ejaan cinta ke udara bagi pihak saya pada 12: 00.Ozlock tengah malam. Keesokan harinya saya berjumpa dengan panggilan yang tidak dijawab di telefon saya, beberapa munites kemudian saya EX HUSBAND memanggil saya di telefon meminta saya untuk memaafkan dan melupakan semua yang dia telah melakukan salah untuk menyakiti saya, Suami saya bercakap dengan saya dengan baik dan dia menyesal. sekarang diri saya dan suami saya kembali bersama-sama dan kami sangat gembira dengan kehidupan baru kami sebagai keluarga ... terima kasih kepada DR ODUDUWA untuk kerja yang hebat yang telah dilakukannya untuk saya .. saya berjanji kepada Oduduwa untuk membagikan kerja baiknya Kesaksian kepada dunia selepas ia berfungsi dan benar-benar karya Love-Eja untuk kebaikan saya.
    Apabila anda memerlukan bantuan sedemikian dan anda mempunyai sesiapa sahaja yang anda kenali atau saudara-mara yang ada di sana yang mengalami sebarang krisis hubungan hari ini, sila memaklumkan kepada mereka untuk menghubungi ODUDUWA melalui e-mel: dr.oduduwaspellcaster@gmail.com
    Cara Bawa Balik cinta anda, jika anda mempunyai kes seperti berikut ...
    SPELLS PERKAHWINAN, PELAJAR SPELLS, SPELLS KASUS MAHKAMAH, LOVE SPELLS
    Adakah kekasihmu mengambil masa yang lama untuk memutuskan?
    Adakah kekasih anda menipu anda?
    Adakah kekasih anda masih bercakap dengan bekas?
    Adakah kekasih anda mempunyai pengaruh buruk?
    Adakah saudara-saudara kekasih anda berubah fikirannya?
    Adakah kekasih anda menghindari anda apabila anda memerlukannya?
    Eja Menang Lotto
    Eja untuk memenangi Kupon
    Eja Berhenti Perceraian.
    Eja mencari cinta sejati.
    ejaan untuk menyelamatkan perkahwinan anda daripada wanita lain.
    Makan siang untuk mendapatkan Rick, kemasyhuran dan kekayaan.
    Ejaan ritual
    Jatuh balas dendam untuk mengembalikan wang anda yang hilang dari penghutang.
    Eja untuk mendapatkan pekerjaan yang baik.
    Oduduwa E-mel: dr.oduduwaspellcaster@gmail.com
    Tel: +13019658857

    ReplyDelete